Laman Web Rasmi SMKDD1

Ilmu Penjana Kecemerlangan

Senarai Nama Pengetua

 2013 - Kini
 Tn. Hj. A. Talib Bin Ismail                                 
 2010 - 2013
 Pn. Megawati Binti Hasbullah
 2005 - 2010
 Pn. Zabedah Binti Warjan
 2003 - 2004
 En. Kamaruddin bin Haron

Latar Belakang

 

SMK Damansara Damai 1 (kod sekolah : BEA8652)

merupakan salah sebuah sekolah menengah yang dibina secara runding terus (Design & Build) di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama. Beralamat di No. 2, Jalan PJU 10/1, Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, sekolah ini dikategorikan sebagai Gred B dan beroperasi dalam dua sesi; sesi pagi untuk murid kelas peralihan, tingkatan 1 dan dua, manakala sesi petang bagi murid tingkatan 3, 4 dan 5.

Pentadbiran sekolah ini bermula pada 5 Januari 2003 apabila Penolong Kanan dan Penolong Kanan HEM melapor diri di PPD Petaling. Seterusnya pada 1 Oktober 2003 Pengetua pertama SMK Damansara Damai 1, En. Kamaruddin b. Haron melapor diri. Jumlah guru perintis pula seramai 10 orang dan 3 kakitangan.

Kini, barisan pentadbir adalah terdiri daripada Pengetua, Tuan Haji A.Talib bin Ismail, dengan dibantu oleh Penolong Kanan, Puan Siti Rohanah binti Karim, Penolong Kanan HEM, Encik Azmi bin Arshad, Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Zarina Binti Ibrahim, empat orang Guru Kanan Mata Pelajaran, dua orang Guru Cemerlang dan empat orang Guru Bimbingan dan Kaunseling  Sekolah ini mempunyai seramai 109 orang guru dan 10 orang staf sokongan. Operasi sekolah turut dibantu oleh pengawal keselamatan dan kakitangan pembersihan di bawah kelolaan pihak swasta.

SMK Damansara Damai 1 memulakan sejarahnya pada 9 Jun 2003 apabila menerima 135 pelajar tingkatan 1 dan 52 orang tingkatan 2. Bilangan murid terus meningkat setiap tahun. Kini pada tahun 2015, bilangan murid telah mencecah 1858 orang yang ditempatkan dalam 55 kelas.

Sekolah ini terletak di kawasan perumahan Damansara Damai. Kawasan perumahan ini merupakan sebuah kawasan perumahan yang dimajukan oleh Medan Prestasi Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat MK Land. Oleh itu, Medan Prestasi adalah pemaju yang dipertanggungjawabkan untuk membina SMK Damansara Damai 1 dengan kos berjumlah RM13,130,000.00. Terdapat pelbagai kemudahan yang terdapat di sini seperti jumlah bilik darjah sebanyak 33 bilik darjah, bilik mesyuarat, pejabat, bilik SPBT, bilik guru, bilik kaunseling, anjung sri damai, bilik disiplin, bilik kesihatan, bilik pengawas, pusat sumber sekolah, bilik tayangan/APD,  kedai buku dan koperasi, bilik utiliti agama, bilik seni, makmal bahasa, makmal komputer,  makmal sains, bengkel kemahiran hidup, bilik muzik, surau, dewan kecil dan dewan yang dinamakan sebagai Balai Gemilang. Terdapat juga ruang terbuka yang selesa yang dinamakan Laman Informasi dan juga ruang terbuka berbumbung yang dinamakan Anjung Inspirasi.

 

 


 

Peringatan Kepada Warga Pendidik

Mesyuarat Perkongsian Minda

Guru Sesi Petang : Setiap Rabu 11.00 pagi
Guru Sesi Pagi : Setiap Khamis 1.15 petang

 

Link

Clock

Kuala Lumpur

Facebook

'Follow' kami di Twitter