Laman Web Rasmi SMKDD1

Ilmu Penjana Kecemerlangan

Visi & Misi

Visi Sekolah

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

 

Misi Sekolah

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti 

 

 

Kembali

Matlamat

(a)          Sekolah mempunyai pengurusan yang telus, cekap dan berkesan
(b)          Mempunyai ramai murid yang cemerlang dalam akademik dan dapat memenuhi dasar 60:40.
(c)          Mempunyai pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) yang berkualiti ke arah mengeluarkan murid yang bersahsiah; dan
(d)          Mempunyai pengurusan kokurikulum yang berkualiti ke arah mengeluarkan murid yang bersahsiah

Kembali 

Objektif

1)            Pengurusan Sekolah

(a)  Memastikan pengurusan kewangan dilaksanakan dengan telus, cekap dan mematuhi peraturan pengurusan kewangan sekolah
       menengah;
(b)  Memastikan program perkembangan staf dapat memberi manfaat kepada guru-guru dalam meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam
       pengajaran dan pembelajaran serta membantu staf sokongan dalam meningkatkan kualiti kerja;
(c)  Memastikan pengurusan hal-hal perjawatan guru-guru dan staf sokongan dilaksanakan dengan sempurna dan cekap;
(d)  Memastikan pentadbiran dan pengurusan pejabat berlaku dengan cekap dan berkesan;
(e)  Mewujudkan pengkalan data yang lengkap dan terkini serta memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan 
       Pendidikan Selangor, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling dan keperluan sekolah;

 

2)            Pengurusan Sekolah

(a)  Memastikan pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan cekap dan berkesan
(b)  Memastikan program perkembangan staf dapat memberi manfaat kepada guru-guru dalam meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam
       pengajaran dan pembelajaran serta membantu staf sokongan dalam meningkatkan kualiti kerja;
(c)  Mengadakan pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) yang berkualiti bagi membantu pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan
       berkesan;
(d)  Mewujudkan system pengujian dan peperiksaan yang berterusan dan berkualiti bagi membantu murid menguasai ilmu dan kemahiran;
(e)  Mematuhi kursus pengajian dalam mengurus jadual waktu kelas, jadual waktu persendirian dan jadual waktu ‘relief’ ; dan
(f)   Memastikan JK Kurikulum Sekolah mengurus dan melaksanakan hal-hal kurikulum dengan berkesan.

3)            Hal Ehwal Murid

(a)  Memastikan JK HEM mengurus dan melaksanakan hal-hal HEM dengan berkesan;
(b)  Memastikan murid berdisiplin melalui pematuhan kepada semua peraturan sekolah;
(c)  Mewujudkan sekolah yang selamat;
(d)  cekap

4)            Kokurikulum

(a)  Memastikan JK Kokurikulum mengurus dan melaksanakan hal-hal kokurikulum dengan berkesan;
(b)  Memastikan pengurusan persatuan dan kelab dilaksanakan dengan berkualiti;
(c)  Memastikan pengurusan badan beruniform dilaksanakan dengan berkualiti; dan
(d)  Memastikan pengurusan sukan dan permainan dilaksanakan dengan berkualiti.

Kembali 

Piagam Pelanggan

SMK Damansara Damai sentiasa komited untuk merealisasikan visi dan misi sekolah melalui:

(a)           menyampaikan ilmu dengan penuh tanggungjawab dan memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan;
(b)           mewujudkan iklim dan budaya sekolah yang kondusif, penyayang dan ceria;
(c)           melahirkan warga sekolah yang bertanggungjawab dan bersahsiah mulia untuk menjana masa depan yang cemerlang;
(d)           sentiasa member peluang kepada pelajar untuk memperkembangkan bakat dan potensi dalam semua bidang selaras dengan
                perkembangan teknologi maklumat; dan
(e)           mewujudkan permuafakatan dengan masyarakat setempat demi keharmonian sekolah.

Kembali 

Peringatan Kepada Warga Pendidik

Mesyuarat Perkongsian Minda

Guru Sesi Petang : Setiap Rabu 11.00 pagi
Guru Sesi Pagi : Setiap Khamis 1.15 petang

 

Clock

Kuala Lumpur

'Follow' kami di Twitter